Friday, June 13, 2008

Air Percuma.

Tahniah diucapkan kepada semua penduduk Selangor kerana Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat (Insyaallah) akan menunaikan salah satu janjinya iaitu memberi air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan mulai bulan ini juga. Kepada pengundi-pengundi PR dalam PRU yang lalu, tentu gembira dengan pengumuman ini, walaupun bukan semua pengundi tergoda dengan manifesto PR tersebut. Tentu sekali, bukan sahaja pengundi PR yang akan menikmati air percuma yang dijanjikan itu, tetapi semua penduduk termasuk pembangkang sekarang tetap akan menikmati pemberian ini.

Tak lupa juga, 'tahniah' kepada Ketua Pembangkang (yang tentu sekali berkempen untuk menolak manifesto PR dalam PRU yang lalu) yang berusaha siang dan malam agar kerajaan negeri menunaikan janjinya memberikan air percuma ini. Tanpa usaha Ketua Pembangkang tersebut, agaknya Tan Sri Khalid mungkin akan lupa .......


Kepada para penyokong PR YANG BERKEMAMPUAN, adalah disyorkan agar mengimfakkan separuh dari rebat tersebut kepada tabung parti sebagai persediaan PRU yang akan datang.

Thursday, June 5, 2008

Mengekang Kenaikan Harga Barang.


Petang semalam, semasa sedang menikmati sate bersama anak dan isteri di satu gerai, terpaparlah dikaca TV tentang kenaikan harga petrol dan diesel yang yang telah diumumkan oleh YAB PM. Harga baru petrol, RM2.70 seliter manakala pemilik kenderaan persendirian yang ccnya kurang 2000 akan diberi tunai RM625 setahun.

Semasa memandu pulang, sepanjang perjalanan sejauh 13 km, dimana terdapat 7 stesyen petrol, penuh sesak dengan pemandu yang ingin membeli petrol. Aku cuba mencari ruang untuk mengisi petrol avanzaku, tapi masa tak mengizinkan sebab dah hampir maghrib. Terus pulang ke rumah. Selepas mengikuti Buletin Utama, aku keluar membawa kereta isteri untuk isi petrol di BHP, sebab ada kad. Agak sesak tapi berjaya juga isi RM40.

Balik, terus ambil avanza dan kembali ke BHP untuk isi petrol. Alhamdulillah, lebih cepat dapat sebab, semasa pulang selepas isi sentra tadi dapat kesan taktik nak dapat cepat, tanpa menyusahkan orang lain walau pun hanya dapat isi RM30. Sekurang-kurangnya selamat RM28.

Dengan kenaikan harga petrol dan diesel ini, mahu tak mahu harga barang keperluan akan turut meningkat. Teringat abang yang jual nasi lemak. Mula-mula niaga dia jual nasi lemak biasa 60 sen sahaja. Bila minyak naik 30 tempoh hari, dia naikkan harga nasi lemak ke 80 sen walaupun lauknya makin kurang. Barang di kedai dah mahal katanya. Apa nak buat, dia pun tak nak rugi..

Untuk mengekang kenaikan harga barang, terutama bahan makanan, adalah dicadangkan kerajaan mengujudkan satu agensi untuk menjadi pengedar kepada beberapa barang keperluan asas kepada peruncit diseluruh negara. Dengan adanya agensi pengedaran ini, sekurang-kurangnya kerajaan membantu menanggung kos penghantaran bahan-bahan makanan, seperti beras, tepung, minyak masak, gula dan sebagainya. Ini diharapkan dapat mengekang kenaikan harga bahan makanan dipasaran dengan alasan pengedar menaikkan harga disebabkan kenaikan harga diesel. Ini juga sekaligus akan meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Kalaupun kerajaan tidak berupaya menubuhkan agensi baru, manafaatkan sahaja FAMA yang macam dah tak berfungsi itu. Tukarkan sahaja peranan FAMA dari agensi pemasaran bahan pertanian kepada agensi pemasaran bahan makanan yang telah siap diproses kepada peruncit di seluruh negara dan sekaligus dapat menyerap kenaikan kos pengangkutan yang mengakibatkan peningkatan harga bahan makanan.

Tuesday, June 3, 2008

Subsidi Petrol, Sampai Bila?



Mulai semalam kerajaan telah melarang penjualan petrol kepada warga Thailand dan Singapura. Memang tidak dapat dinafikan, kerajaan telah memberi subsidi yang besar kepada rakyat terhadap bahan bakar tersebut selama ini. Ini menyebabkan warga asing sentiasa mengambil kesempatan terhadap bahan api yang murah ini berbanding dengan negara mereka. Ini menyebabkan kerajaan seolah-olah memberi subsidi kepada warga asing yang menggunakan kenderaan sendiri semasa melancong atau berurusan di negara kita.

Tujuan kerajaan memberi subsidi petrol adalah baik, untuk mengurangkan beban perbelanjaan rakyat. Tetapi kehadiran warga asing, menyebabkan subsidi yang sepatutnya hanya untuk dinikmati oleh rakyat negara kita, turut dinikmati oleh warga asing.

Walaubagaimanapun, selama ini hanya golongan tertentu sahaja yang menikmati subsidi petrol secara optimum. Pengguna yang menggunakan kereta yang besar, tentu sekali menerima subsidi yang begitu besar dari kerajaan. Sedangkan rakyat miskin yang hanya mampu menunggang motosikal, hanya sedikit sahaja nikmat yang diterima dari subsidi tersebut.

Larangan penjualan bahan api kepada warga asing telah menyebabkan pengusaha stesyen minyak di sempadan mengalami kekurangan pendapatan disebabkan kekurangan pelanggan.

Walaupun kerajaan sedang merangka mekanisma harga bahan api, cadangan dari Datuk Ghafur Salleh, MP dari Sabah perlu diambil perhatian. Beliau mencadangkan agar subsidi petrol ditarik balik dan harga semua bahanapi dijual mengikut harga pasaran dunia. Untuk mengurangkan beban kepada rakyat yang miskin, kerajaan boleh menyalurkan bantuan dalam bentuk wang tunai untuk meringankan beban rakyat yang miskin.

Walaupun cadangan ini mungkin mendapat tentangan segolongan rakyat yang berkemampuan atau pun seakan-akan mirip memenuhi janji PR dalam kempen PRU mereka ke arah negara kebajikan, sekurang-kurangnya ini dapat mengelakkan pemberian subsidi kepada orang yang tidak memerlukan.

Untuk ketelusan, tentu sekali institusi penghulu boleh digunakan untuk mengenalpasti rakyat yang layak menerima bantuan dan jangan lupa paparkan nama penerima-penerima bantuan ini di pejabat daerah, agar rakyat tidak tertipu dengan pemberian bantuan kepada kroni-kroni yang tidak layak untuk menerima bantuan.

Monday, June 2, 2008

Ezam Kembali Kepada UMNO.

Ezam Mohd Nor, bekas ketua Angkatan Muda PKR telah kembali kepada UMNO, tetapi belum disahkan keahliannya oleh MT UMNO sehingga kini. Rata-rata penyokong gerakan reformasi terkilan dengan tindakan Ezam. Apa yang berlaku seolah-olah, berlaku pergolakan yang hebat dalam PKR walaupun umum mengetahui Ezam telah lama mengumumkan KELUAR dari PRR, iaitu sejak tahun lalu lagi untuk mengemudi GERAK.
Rata-rata posting yang dihantar ke laman-laman pro reformasi mengutuk tindakan Ezam sebagai melanggar Sumpah Keramat pemuda suatu masa dahulu. Memang menghairankan, dalam keadaan UMNO hilang sokongan dari ahli-ahlinya dan pengundi atas pagar dalam PRU lalu, Ezam dan beberapa orang juga bekas ahli PKR telah masuk kembali kedalam UMNO serta diberi liputan yang begitu gah oleh media arus perdana.
Tun Dr Mahathir, yang berpengalaman selama 22 tahun sebagai PM juga telah mengisytiharkan keluar UMNO, tapi aneh sungguh beberapa orang BEKAS ahli PKR (yang tidakpun membantu PKR) dalam PRU yang lalu, seakan-akan disambut dengan permaidani merah ke dalam UMNO.
Tidak lupa juga, sebelum PRU ke 11 lalu lagi telah di gembar-gemburkan beribu ahli PAS Kelantan telah keluar parti dan memasuki UMNO di Kelantan, sehingga seakan-akan hanya Datuk Nik Aziz seorang sahaja yang tinggal kekal seagai ahli PAS. Tetapi UMNO tetap gagal menawan Kelantan (walaupun hampir berjaya). Tetapi aneh sekali kini, setelah UMNO hampir 'lumpuh' Ezam dan rakan-rakannya memasuki UMNO kembali.
Walauagaimanapun kepada Ezam dan rakan-rakanya diucapkan selamat maju jaya dalam wadah perjuangannya yang baru kini. Semoga azamnya dalam memerangi rasuah akan terus di laksanakan, hatta rasuah wang dalam pemilihan UMNO sendiri sebagaimana rasuah yang menyebakan Tun Dr Mahathir Mohamad gagal menjadi perwakilan bahagian Kubang Pasu ke PAU tahun lalu.