Thursday, June 5, 2008

Mengekang Kenaikan Harga Barang.


Petang semalam, semasa sedang menikmati sate bersama anak dan isteri di satu gerai, terpaparlah dikaca TV tentang kenaikan harga petrol dan diesel yang yang telah diumumkan oleh YAB PM. Harga baru petrol, RM2.70 seliter manakala pemilik kenderaan persendirian yang ccnya kurang 2000 akan diberi tunai RM625 setahun.

Semasa memandu pulang, sepanjang perjalanan sejauh 13 km, dimana terdapat 7 stesyen petrol, penuh sesak dengan pemandu yang ingin membeli petrol. Aku cuba mencari ruang untuk mengisi petrol avanzaku, tapi masa tak mengizinkan sebab dah hampir maghrib. Terus pulang ke rumah. Selepas mengikuti Buletin Utama, aku keluar membawa kereta isteri untuk isi petrol di BHP, sebab ada kad. Agak sesak tapi berjaya juga isi RM40.

Balik, terus ambil avanza dan kembali ke BHP untuk isi petrol. Alhamdulillah, lebih cepat dapat sebab, semasa pulang selepas isi sentra tadi dapat kesan taktik nak dapat cepat, tanpa menyusahkan orang lain walau pun hanya dapat isi RM30. Sekurang-kurangnya selamat RM28.

Dengan kenaikan harga petrol dan diesel ini, mahu tak mahu harga barang keperluan akan turut meningkat. Teringat abang yang jual nasi lemak. Mula-mula niaga dia jual nasi lemak biasa 60 sen sahaja. Bila minyak naik 30 tempoh hari, dia naikkan harga nasi lemak ke 80 sen walaupun lauknya makin kurang. Barang di kedai dah mahal katanya. Apa nak buat, dia pun tak nak rugi..

Untuk mengekang kenaikan harga barang, terutama bahan makanan, adalah dicadangkan kerajaan mengujudkan satu agensi untuk menjadi pengedar kepada beberapa barang keperluan asas kepada peruncit diseluruh negara. Dengan adanya agensi pengedaran ini, sekurang-kurangnya kerajaan membantu menanggung kos penghantaran bahan-bahan makanan, seperti beras, tepung, minyak masak, gula dan sebagainya. Ini diharapkan dapat mengekang kenaikan harga bahan makanan dipasaran dengan alasan pengedar menaikkan harga disebabkan kenaikan harga diesel. Ini juga sekaligus akan meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Kalaupun kerajaan tidak berupaya menubuhkan agensi baru, manafaatkan sahaja FAMA yang macam dah tak berfungsi itu. Tukarkan sahaja peranan FAMA dari agensi pemasaran bahan pertanian kepada agensi pemasaran bahan makanan yang telah siap diproses kepada peruncit di seluruh negara dan sekaligus dapat menyerap kenaikan kos pengangkutan yang mengakibatkan peningkatan harga bahan makanan.

1 comment:

Unknown said...

Suruhlah Pakatan Rakyat bagi elaun khas untuk rakyat. Bukankah Selangor sekarang diperintah PR? Kan negeri2 yang dikuasai PR banyak duit. Kan pemimpin2 PR pandai ekonomi, pandai memerintah, pandai cari duit. Siap ada yang samakan pemimpin DAP macam Khalifah Umar. Takkan sokong buta je kot.