Monday, June 2, 2008

Ezam Kembali Kepada UMNO.

Ezam Mohd Nor, bekas ketua Angkatan Muda PKR telah kembali kepada UMNO, tetapi belum disahkan keahliannya oleh MT UMNO sehingga kini. Rata-rata penyokong gerakan reformasi terkilan dengan tindakan Ezam. Apa yang berlaku seolah-olah, berlaku pergolakan yang hebat dalam PKR walaupun umum mengetahui Ezam telah lama mengumumkan KELUAR dari PRR, iaitu sejak tahun lalu lagi untuk mengemudi GERAK.
Rata-rata posting yang dihantar ke laman-laman pro reformasi mengutuk tindakan Ezam sebagai melanggar Sumpah Keramat pemuda suatu masa dahulu. Memang menghairankan, dalam keadaan UMNO hilang sokongan dari ahli-ahlinya dan pengundi atas pagar dalam PRU lalu, Ezam dan beberapa orang juga bekas ahli PKR telah masuk kembali kedalam UMNO serta diberi liputan yang begitu gah oleh media arus perdana.
Tun Dr Mahathir, yang berpengalaman selama 22 tahun sebagai PM juga telah mengisytiharkan keluar UMNO, tapi aneh sungguh beberapa orang BEKAS ahli PKR (yang tidakpun membantu PKR) dalam PRU yang lalu, seakan-akan disambut dengan permaidani merah ke dalam UMNO.
Tidak lupa juga, sebelum PRU ke 11 lalu lagi telah di gembar-gemburkan beribu ahli PAS Kelantan telah keluar parti dan memasuki UMNO di Kelantan, sehingga seakan-akan hanya Datuk Nik Aziz seorang sahaja yang tinggal kekal seagai ahli PAS. Tetapi UMNO tetap gagal menawan Kelantan (walaupun hampir berjaya). Tetapi aneh sekali kini, setelah UMNO hampir 'lumpuh' Ezam dan rakan-rakannya memasuki UMNO kembali.
Walauagaimanapun kepada Ezam dan rakan-rakanya diucapkan selamat maju jaya dalam wadah perjuangannya yang baru kini. Semoga azamnya dalam memerangi rasuah akan terus di laksanakan, hatta rasuah wang dalam pemilihan UMNO sendiri sebagaimana rasuah yang menyebakan Tun Dr Mahathir Mohamad gagal menjadi perwakilan bahagian Kubang Pasu ke PAU tahun lalu.

No comments: